Thursday, 27 October 2011

cukuplah cintai dia dalam diam..

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)


Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Monday, 20 June 2011

15 Rahsia Wanita Yang Perlu Anda Tahu


Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan
 airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


 Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya,
lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum
 anda menegur dengan ucapan maaf.


Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila


 hubungan itu putus di tengah jalan).


 Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, 


lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun 


ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


 Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,


 dia akan cair seperti  coklat!!
(yeke??? ce try sikit...hehe)
 sy kalah pada pandangan mata sang teruna ** oh no

Monday, 30 May 2011

tanda-tanda kematian dalam husnul khatimah

  


KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.

Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.
Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.

Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)

Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)



Monday, 23 May 2011

mak ..

bosan punye pasal..xde keje nk wat belek2 email akk yg da bersarang tuh..
 last2 tejumpe 1 cite ni..


p/s :: bace sampai abes.. jgn tacing2 tau :)



Mak.....Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....Seminggu sebelum tu......mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...


Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet. ..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..


paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi......ada kat dalam gulung tikar.....


masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..


Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital.... .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

 

Tuesday, 17 May 2011

Perempuan Lawa VS Perempuan Tak Lawa




Kalau perempuan lawa pendiam,
Lelaki akan cakap : Wow! ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam,
Lelaki akan kata : Eh! tak reti komunikasi ke

Kalau perempuan lawa berbuat jahat,
Lelaki akan cakap : Mesti ada krisis dalaman nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat,
Lelaki akan kata : Dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan cakap : Heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata : Taktik nak ngorat le tu...

Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem,
Lelaki akan cakap : ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem,
Lelaki akan kata : kesian...mesti kena bomoh lelaki tuh!



Sunday, 8 May 2011

eh tak sangka lak ko jd laki aku .... by aisha saad



cite yang sangat shomell sekali bace da jatuh chentaa... by Aisha Saad



tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku..


macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm


masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku


hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...


day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa

Saturday, 7 May 2011

buatmu ibuku





Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu



Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu









     all of us dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang
bergelar ibu.  Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini.terima kasih mak... walaupun uacapan ini tidak mampu melunaskan pengorbananmu sepanjang membesarkanku sehingga sekarang... tetiba teringat kenangan 12 tahun yang lalu sewaktu mak menghantarku ke sekolah dalam keadaan hujan lebat tanpa berpayung... plus jalan kaki pulak tu.. sedih tatkala mengingatinya.. "mak... aku sangat merinduimu mak.." tersangat !!! kalau dibandingkan dgn lautan pacifik , luas lagi kasih sayangku padamu...maaf....anakmu ini memang bukan seorang yang tabah..punyai jiwa yang rapuh.... kejap-kejap nak nangis walaupun pada benda remeh.. mak tau kan.. maaf mak... anakmu ini jarang bertanyakan khabar kerana bimbang airmata  tumpah tanpa sebab... mak...akanku balas setiap keluhanmu dengan kejayaanku... akanku kotakan janjiku...



"selamat hari ibu , mak"


>> mak ayah dan abang serta kakak-kakakku... tanpa kalian mungkinku tidak disini...


sayang sume ketat-ketat.


d'masiv...merinduimu 




...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...